
Sulit
4 tahun
Vitamin B compleks utuk apa
Hi doc,sy nk bertanya sy baru berkahwin 1 bulan boleh ke sy amalkan untuk makan vitamin b compleks. boleh ke sy tahu vitamin yg mana bagus untuk sy consume…dan betul ke kalau kita consume vitamin b compleks boleh meyebabkan pertambahan berat badan…terima kasih doc.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, berikut merupakan antara manfaat vitamin B.
- Vitamin B1 untuk menukarkan makanan karbohidrat kepada tenaga
- Vitamin B2 adalah untuk memastikan kulit dan mata kekal sihat
- Vitamin B3 bertujuan untuk menukarkan makanan kepada tenaga serta meningkatkan selera makan.
- Vitamin B5 membantu proses pemecahan lemak dan protein serta karbohidrat menjadi tenaga. Juga berfungsi untuk membantu dalam pembentukan sel darah merah dan juga vitamin D
- Vitamin B6 diperlukan dalam pemprosesan lemak dan asid amino dalam tubuh badan
- Vitamin B7 penting dalam proses pemecahan lemak dan protein menjadi tenaga
- Vitamin B9 untuk membantu dalam membentuk sel darah merah dan mencegah kecacatan saraf dalam janin
- Vitamin B12 untuk melindungi sel saraf serta membantu dalam pembentukan sel darah merah
Namun begitu buat pengetahuan anda, vitamin ini juga wujud secara semula jadi dalam makanan anda. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur sayuran adalah lebih digalakkan.
Berkenaan dengan B kompleks menyebabkan peningkatan berat badan, tiada bukti yang kukuh tentang perkara ini. Peningkatan berat badan bukan dipengaruhi oleh pengambilan vitamin, sebaliknya disebabkan oleh gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.