
Sulit
4 tahun
Adakah pengambilan oat harian naikkan bacaan asid urik?
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang pengambilan oat BG22 secara harian adakah akan meningkatkan bacaan asid urik dalam darah yang akan menyebabkan gout? Terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, teradapat tiada bukti atau kajian yang menyatakan bahawa pengambilan nutrisi oat atau sewaktu dengannya boleh menyebabkan kenaikan tahap jumlah asid urik atau menyebabkan Gout atau Uremia secara langsung. Namun, terdapat beberapa makanan yang boleh menyebabkan ketinggian tahap asid urik dalam darah, iaitu:
- Minuman beralkohol atau mengandungi gandum.
- Makanan laut seperti ikan, udang, sardin, dan sotong
- Makanan daging seperti ayam turki, daging kambing, lembu dan juga dagin organ sepeti hati dan buah pinggang.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Makanan oat ini pula mempunyai khasiat yang tinggi. Antara khasiat serta kebaikan nutrisi yang terkandung dalam makanan oat ini adalah:
- Berkhasiat dengan bahan anti-oksida
- Mengandungi fiber
- Merendahkan kolesterol
- Melancarkan metabolisma gula dalam badan serta mengawal tahap gula dalam darah.
- Membantu menurunkan berat badan.
- Mengurangkan risiko asthma
- Meningkatkan kesihatan kulit
- Melancarkan penghadaman.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.