Sulit
2 tahun
Air sabun Dettol boleh membunuh kuman/bakteria jika dibiarkan sapu pada kulit zakar?
Keterangan:
Doktor,Adakah boleh jika saya menggunakan sabun mandian Dettol sapu letak air sabun buih lama2 atas permukaan kulit zakar yg gatal di bahagian sekeliling batang kulit warna pink dan kulit batang koko untuk membunuh kegatalan kuman yang telah menyebabkan batang zakar saya berasa gatal dan menjadi kudis akibat nanah yg digaru tempoh hari??
Doktor,bolehkah air sabun Dettol dapat mematikan kuman/bakteria yg menyebabkan kegatalan pada kulit zakar terutama kawasan kulup dan warna pink orang sunat itu? saya gatal kuat sangat2 mcm merebak sana sini…
Bahaya tak untuk kulit jika dibiarkan air sabun lama2 pada kulit zakar untuk bagi hilang kegatalan kuman?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman anda, gatal di zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- ekzema
- alahan pada produk pencuci
- psoriasis
- jangkitan kulat
- Ketuat akibat jangkitan virus
- Lichen nitidus sejenis keradangan kulit zakar
- Molluscum contagiosum akibat jangkitan virus
- Pearly penile papules
- Kudis buta
Tidak mengapa menggunakan sabun, tetapi menggunakan terlalu banyak boleh merengsakan zakar anda. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat pemeriksaan dan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.