Sulit
3 tahun
Air suam bagus atau tidak bagus untuk kesihatan
Salam. saya ingin bertanya mengenai air suam.
Adakah baik untuk kesihatan ?
Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, meminum air suam memberikan pelbagai manfaat seperti:
- Membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan yang berfungsi untuk penghadaman, pengaliran darah, pembentukan air liur, membekalkan nutrien dan keseimbangan suhu badan
- Membantu mengawal kalori
- Mengawal keseimbangan electrolyte dalam tubuh badan
- Membantu kulit sentiasa lembap dan tidak kering
- Membantu fungsi buah pinggang membuang toksin
- Mencegah masalah sembelit
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.