Sulit
3 tahun
Alahan kepada Makanan Laut
Doktor, kawan saya dia mengambil ganja apakah ganja tersebut akan memberi kesan kepada sakit batu karang jenis asid urin yang dia sedang alami.dia kerap mengalami sakit yang agak teruk apabila makan seafood …apakah ubat yang wajar dia ambik untuk kesembuhan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat petang. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan dan kerisauan yang anda hadapi pada waktu ini mengenai masalah alahan/kesakitan apabila mengambil makanan laut (seafood). Alahan makanan adalah tindak balas abnormal terhadap makanan, yang dicetuskan oleh sistem imun badan. Tindak balas alergi terhadap makanan kadang kala boleh mencetuskan kesakitan yang teruk dan membawa maut.
Antara makanan yang biasanya mencetuskan alahan adalah:
- Susu lembu
- Telur
- Legum (kacang soya dan kacang tanah)
- Kekacang (badam, gajus, pecan, pistasio, walnut)
- Sesetengah jenis Ikan
- Makanan laut dan kerang-kerangan (udang, ketam, sotong, kepah, kerang, tiram, siput dan sebagainya)
Tanda-tanda dan gejala alahan makanan termasuklah :
Sistem pencernaan
- perut memulas
- rasa loya
- muntah
- cirit birit
Kulit
- Gatal-gatal dan kerengsaan kulit
- Angiodema – bengkak kelopak mata dan bahagian badan yang lain
- Ekzema – kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih
Sistem pernafasan
- Lelah atau mengah dan sukar bernafas
- Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berhubung kait dengan kesukaran bernafas, bengkak dalam mulut dan kerongkong, penurunan tekanan darah membawa kepada kejutan yang membawa maut.
Cara terbaik mengatasi alahan makanan adalah dengan mengelakkan makanan yang mencetuskannya. Bagi kes yang telah dikenal pasti, mengelakkan pengambilan makanan pencetus alahan tersebut merupakan langkah yang paling berkesan.
Berkenaan ubat dan rawatan yang sesuai bagi mengatasi masalah ini, ianya memerlukan preskripsi daripada doktor. Oleh itu, dapatkan nasihat Pegawai Perubatan dan Pegawai Dietetik bagi mendapatkan rawatan dan pengambilan ubat anti-histamine sekiranya perlu, begantung kepada arahan dan nasihat Doktor.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih