
Anonymous
5 tahun
Bacaan bp yg normal untuk wanita 33tahun
Saya wanita berusia 33 tahun. Bp saya 122/86 dan pulse 87. Adakah normal?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, normal range untuk bacaan blood pressure anda adalah kurang daripada 140/90 mmHg manakala normal range untuk bacaan pulse rate adalah 60-100 beats per minute. Berdasarkan bacaan yang diberikan, blood pressure dan pulse rate anda adalah normal. Walaobagaimana pun, sekiranya anda mempunyai penyakit kronik yang mungkin memerlukan penilaian bacaan blood pressure yang berlainan,saya sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami terdahulu untuk mendapatkan konsultasi yang selanjutnya. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!