
Sulit
4 tahun
Batuk dan rasa mual nak muntah
Saya berumur 30 tahun. Baru berkahwin bulan 6 2020… saya selalu akan batuk yang tiba² dan dalam masa yang sama akan rasa mual yang macam nak muntah. Tp tak pernah muntah pun. Saya batuk dan rasa mual ni sejak sebelum sy berkahwin lg.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, teirma kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah batuk dan mual yang berlaku sejak kebelakangan ini. Untuk makluman anda, simptom-simptom yang anda alami ini mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak.
Terdapat beberapa penjelasan atau penyakit yang boleh dikaitkan dengan masalah anda iaitu :
- Jangkitan kuman pada paru-paru
- Asma
- Penyakit refluks esofagus
- Cecair hidung yang jatuh ke tekak (Postnasal drip)
- Keradangan bronkus akibat alahan atau jangkitan kuman
- Jangkitan virus
- Alahan pada makanan yang menyebabkan iritasi pada tekak atau perut dan salur esofagus sehingga menyebabkan perasaan mual.
Namun, gejala batuk dan muntah ini adalah amat subjektif. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda sekiranya anda mengalami perkara ini secara berlarutan atau jika anda menghadapi simptom lain seperti sesak nafas, sakit perut, pedih ulu hati dan juga kesukaran untuk menelan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.