hyunjae498
3 tahun
Batuk kering dan Mual
saya wanita berumur 26 tahun
Selepas 3 bulan lengkap vaksin sya ttiba2 mengalami batuk kering yg teruk sehingga saya dikuarantin dan berjumpa doc buat pemeriksaan tpi doc kata sya tiada masalah ape2 paru2 baik dan normal.sekarang hampir 4 bulan batuk sy tidak kurang dan mula mual2 seperti terlekat sesuatu ditekak sampai muntah kembali makanan. setelah 3 kali xray jawapan doc masih sama saya tidak tahu penyakit ape yang sedang dialami. saya berpikir mual mungkin disebabkan gastrik tapi adakah batuk juga berkaitan? saya risau kadang batuk kuat ditempat awam jika saya menahannya saya akan muntah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Jangkitan kuman pada paru-paru
- Asma
- Penyakit refluks esofagus
- Cecair hidung yang jatuh ke tekak ( Postnasal drip )
- Keradangan bronkus akibat alahan atau jangkitan kuman
- Jangkitan virus
- Alahan pada makanan yang menyebabkan iritasi pada tekak atau perut dan salur esofagus sehingga menyebabkan perasaan mual.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.