
Sulit
3 tahun
Escitalopram untuk anxiety
Saya berumur 38 thn dan baru2 ni saya ada rasa ketegangan di bahagian dada depan dan belakang, dada berdebar n risau berlebihan…dah berjumpa dgn psy dah telah mula makan escitalopram lebih kurang 13 hari…tp bdn rasa lemah n mulut cepat kering…adakah ini kesan sampingan escitalopram dan boleh ke pesakit anxiety pulih semula dan mengambil masa berapa lama

3 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda sedang mengambil ubat Escitalopram yang dipreskripsikan oleh doktor anda. Kami akan cuba menerangkan mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, escitalopram digunakan sebagai salah satu ubat yang digunakan bagi masalah kemurungan dan masalah keresahan (anxiety) dan hanya boleh diambil sekiranya dipreskripsikan oleh doktor.
Gejala-gejala yang anda alami, iaitu rasa lemah dan mulut kering adalah antara kesan-kesan sampingan yang biasa dilihat dengan pengambilan ubat tersebut. Selain itu, anda juga boleh mengalami rasa pening/loya, berpeluh, sembelit dan keletihan. Biasanya, kesan sampingan ini akan hilang selepas beberapa hari atau minggu. Namun begitu, jikalau anda mengalami gejala yang terlalu teruk, kami menasihatkan anda untuk segera merujuk kepada doktor anda.
Mengenai penyakit keresahan(anxiety), penyakit ini mempunyai kadar kepulihan yang tinggi jika rawatan diberikan, tetapi ia bergantung kepada beberapa faktor yang akan diteliti oleh doktor anda.
Anda boleh berhubung dengan doktor secara atas talian untuk maklumat yang lanjut dan peribadi.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.