
Sulit
4 tahun
Gatal dan pedih di sekitar bibir/mulut
Saya remaja berusia 18 tahun. Saya tidak pernah berasa gatal dan pedih di sekitar mulut. Dan saya tiada alahan makanan dan tiada tanda tanda ruam (bintik bintik kecil). Saya sentiasa memakai vaselline bagi merawat masalah tersebut, tetapi tidak berkesan. Masalah ini mengganggu saya dan sangatlah tidak selesa. saya ingin tahu tentang punca dan cara merawat masalah ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah gatal dan pedih di sekitar mulut. Untuk makluman anda, masalah ini dapat berpunca daripada beberapa perkara seperti:
- kulit yang kering
- dermatitis perioral
- eczema
- contact dermatitis
- alahan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengenal pasti punca sebenar masalah yang anda hadapi, pemeriksaan lanjut seperti evaluasi keadaan kulit anda adalah diperlukan. Bagi rawatan seperti krim atau ubat-ubatan, perlulah berdasarkan punca yang menunjang masalah ini. Namun, bagi masalah kulit kering, anda boleh mencuba untuk meminum air secukupnya setiap hari selain makan makanan yang seimbang. Sekiranya masalah tetap tidak selesai, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih