Sulit
2 tahun
Kulit ada tompokan hitam kecoklatan
Saya lelaki umur 22 tahun. Bberpa bulan yg lps, trdpt bberapa kesan tompokan yg bewrna hitam kecoklatan berada di bhgian antara siku dan bahu, serta bhgian celah paha. Nmun, x brasa gatal.kadang2, wrna akan brubh seakan kemerah merahan. Ni link sy srtakan utk lihat gmbr2 https://drive.google.com/drive/folders/1HyppO09NnFSKzzm94tR3t7b0dR87xrh7. Terima kasih
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Perubahan hormon
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Luka yang baru pulih
- Iritasi kulit
Namun ia juga boleh menandakan penyakit yang serius seperti:
- Ekzema
- Psoriasis
- Kencing manis
- Kanser kulit
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!