Sulit
2 tahun
Kulit menjadi gelap dan selalu banyak kudis dan kurap
Anak saya lelaki berumur 16 tahun. Sejak akhil baligh dlm umur 14 tahun, kulit keseluruhan badannya menjadi gelap (hitam). Selalu dijangkiti kudis² dan kurap, badannya juga setiasa gatal². Setiap kali ke klinik doktor hanya memberi ubat sapu, setelah letak ubat kurap atau kudis akan hilang tetapi akan keluar semula. Yang membimbangkan saya lagi adalah kulit keseluruhan badan bertambah gelap (hitam) dan kudis² tidak hilang sepenuhnya. Apa masalah anak saya ni? Sekiranya saya ingin membawa anak saya untuk pemeriksaan sepenuhnya ke hospital, bahagian manakah yg perlu saya rujuk?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Alahan
- Ekzema
- kurap
- sporiasis dsb
Anda dinasihatkan untuk melawat pakar kulit.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.