Sulit
2 tahun
Masalah kulit muka iritasi
Saya ada masalah kulit muka sensitif…selalu rasa panas,gatal-gatal dan pedih dan di seluruh muka…saya pernah mengalami eczema dan ada alahan pada hama dan habuk…boleh tak doktor cadangkan saya produk yang saya boleh beli kat farmasi untuk atasi masalah saya ni???
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sensitif kepada produk kulit
- Produk tidak sesuai
- Alahan
- Kulit muka terlalu kering
- Sesetengah produk boleh menggelupaskan kulit
- Luka boleh menggelupaskan kulit
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.