hairi_fly160
2 tahun
Kulit testis celah pangkal batang zakar berdarah garisan halus pisau belit akibat mencukur
Keterangan :
Doktor,saya cukur bulu zakar dan bulu testis…semasa saya mencukur bulu celah pangkal testis,zapp terus tercukur seret panjang berdarah garisan lurus pisau belit semasa mencukur akibat tgn bergerak…habis berdarah kulit testis smpai pedih bila kena air…pedih sangat2 smpai keluar nanah,panas dan gatal melampau…
Doktor,adakah kulit testis atau zakar yg terbelah pisau cukur garisan halus seperti garisan benang halus itu akan tumbuk kembali? Atau tiada harapan kulit akan kembali tumbuh? 10.5.22 berlaku pada waktu tengah malam pukul 2 pagi saya cukur bulu .
Baru berlaku malam semalam nak ckur bulu zakar…Doktor adakah kulit testis/kulit telur boleh cantum tumbuh kembali jika terbelah dengan pisau cukur bulu itu? Keluar darah dan nanah putih …sakit pedih apabila setiap kali nak mandi kena air…
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Luka pada zakar anda sekurang-kurangnya akan mengambil dua minggu untuk sembuh dengan baik. Kulit zakar masih berpeluang untuk kembali tumbuh asalkan proses kepulihan berlaku dengan baik.
Berikut adalah beberapa langkah untuk membantu mempercepat proses tersebut.
- Menjaga kebersihan bahagian zakar
- Memakai seluar dalam yang selesa dan tidak terlalu ketat
- Mengelakkan aktiviti seks secara sementara, sekiranya perlu memakai kondom atau bahan pelincir
- Mendapatkan ubat krim daripada doktor untuk mengubati nanah luka dan mengurangkan rasa gatal
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.