Sulit

2 tahun

Kesan gelembung seperti melecur

Sy lelaki berumur 42…terdapat gelembung seperti lecur Di belakang kulit badan selepas makan kacang…adakah is satu elergik atau penyakit…adakah is berpunca Dari kacang tersebut…

Dr Ramzdhan,

2 tahun

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah gelembung seperti melecur di bahagian belakang anda. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.

Kami memerlukan lebih maklumat untuk memberi pandangan yang lebih spesifik, namun gelembung kulit biasa berlaku akibat dermatitis kontak iaitu merupakan inflamasi (radang) pada kulit yang disebabkan oleh hapten (alergen – dermatitis kontak alergi) atau faktor-faktor iritasi (dermatitis kontak iritasi) di persekitaran. Reaksi kulit dikesan sebagai ekzema atau dermatitis.

Faktor-faktor tersebut seperti tersenarai:

  • Detergen dalam sabun basuh, cecair pencuci pinggan mangkuk atau lantai
  • Pelarut
  • Faktor-faktor fizikal seperti haba, geseran, tekanan yang berulang kali, humiditi yang rendah atau tinggi contoh: pekerjaan yang sentiasa basah.

Apakah gejala-gejala dermatitis yang biasa dilihat?

  • Kawasan yang terlibat bergantung pada kawasan yang mengenai bahan.Kebiasaannya melibatkan tangan, lengan, muka dan kaki.
  • Pada peringkat awal (akut), kebiasaannya gatal, timbul ruam-ruam merah atau gelembung-gelembung cecair. Gelembung-gelembung cecair akan pecah dan menyebabkan kulit berair atau berkeruping.
  • Pada peringkat selanjutnya (kronik), kebiasaannya gatal, warna kulit menjadi lebih gelap samada coklat tua atau kehitaman, kulit menebal dan bersisik sedikit.

Manakala tanda-tanda alahan kacang adalah seperti berikut:

  • Uriticaria (kulit berbintat, gatal dan kemerahan).
  • Mata berair.
  • Kelopak mata bengkak.
  • Bibir bengkak dan mulut terasa gatal.
  • Tekak merasa sempit.
  • Wheezing (nafas berbunyi).
  • Muntah.
  • Sakit perut.
  • Cirit birit.

Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.

Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

andrea-pipitone-bF2GEWXLK4U-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)