Sulit
2 tahun
Penyakit kulit ada tompokan
Salam. Saya lelaki berumur 22 tahun. Saya nk tnya doktor2, kulit saya ada tompokan berwarna hitam kecoklatan pada bahagian tangan dan juga bahagian paha. Kadang2 tompokan itu mnjadi kemerahanan. Namun, saya tidak berasa gatal pada bahagian tersebut. Adakah itu panau?jika ya,apa rawatan yang terbaik dan berapa lama untuk pulih?saya sertakn juga link utk gmbr2 tompokan itu.terima kasih. https://drive.google.com/drive/folders/1HyppO09NnFSKzzm94tR3t7b0dR87xrh7
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, panau (Tinea versicolour) disebabkan oleh kulat (fungus) yang biasanya terdapat pada permukaan kulit dan tidak dianggap sebagai penyakit berjangkit. Sekuela daripada penyakit ini tidak kekal, dan sebarang perubahan pigmen akan hilang sepenuhnya 1 hingga 2 bulan selepas rawatan dimulakan. Rawatan diperlukan untuk memulihkan keadaan dan untuk profilaksis untuk mengelakkannya berulang.
Keadaan anda mungkin disebabkan oleh panau ataupun penyakit kulit yang lain seperti dermatitis seboroik (gangguan kulit yang menyebabkan kulit bersisik, berketombe, dan berwarna kemerahan akibat peluh). Keadaan ini boleh dirawati dengan ubat krim atau pencuci badan dan syampu yang khusu. Walau bagaimanapun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat pemeriksaan dan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.