Sulit
2 tahun
Tompok-tompok hitam di kemaluan
hi dr. saya lelaki berumur 40 tahun, saya ada masalah buah zakar dan zakar saya ada tompok-tompok hitam, dia belaku sejak 3 tahun lalu, sekarang sudah semakin banyak naik, dia tidak sakit hanya naik tompok tompok hitam sahaja, adakah cara untuk menghilangkannya, dulu sy kerap melakukan onani tapi saya sudah berhenti lama. tompok-tompok masih tidak hilang
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Umumnya gejala perubahan warna gelap (hyperpigmentation) pada kulit kelamin boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya termasuk:
- faktor genetik
- kesan trauma seperti beronani
- pengunaan ubat-ubatan
Namun begitu, gejala tersebut juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan rawatan dari doktor, seperti:
- pigmented condyloma
- seborrheic keratosis
- kanser kulit
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!