Sulit
3 tahun
Breast mengalami kegatalan
Saya wanita 19 tahun dan belum berkahwin. Saya sering mengalami kegatalan pada breast. Terutama selepas mandi. Kadang breast seperti mengelupas, gatal dan tidak sakit. Biasanya saya akan menyapu krim shaklee untuk mengurangkan rasa gatal. Boleh saya tahu, apa penyebabnya? Dan cara merawatinya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, kegatalan payudara boleh disebab oleh beberapa perkara. Contohnya, kebersihan yang kurang memuaskan, kesan alahan pada sabun atau alahan kulit seperti atopic dermatitis, kulit kering (xerosis), jangkitan kulit, atau penyakit kulit lain.
Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, anda perlulah merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut, menjalani sebarang pemeriksaan serta penyelidikan berkaitan, supaya penjelasan ataupun rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kulit.