Sulit
2 tahun
Miconazole atau ketoconazole atau ubat gatal alat sulit kuman virus
Doktor,zakar saya gatal sentiasa 24 jam kemungkinan kena kutu air sb bila garu akan jd pecah kulit dan kluar nanah akibat garu yg lama .dah 1 bulan gatal…sudah p klinik kesihatan…doktor beri krim miconazole dan antibiotik…tetapi dh guna tak berkesan lawan gatal kulit ni…kuman tak mati…makin kuat ada.
Soalan saya ,Doktor ubat nama apakah selain miconazole untuk saya beli di farmasi untuk ubat gatal alat zakar akibat kuman/virus/kutu air?? Boleh doktor berikan maklumat berkaitan miconazole dan ketoconazole tak? Dan ubat zole yg kuat melawan kuman/virus nama krim ubat apa ya?
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, miconazole dan ketoconazole cream adalah ubat sapu untuk masalah kulat pada kulit. Antara gejala yang merujuk kepada jangkitan kulat adalah seperti:
- Ruam merah dan kadang-kadang putih
- Tompok kulit yang berkilat pada zakar
- Kulit zakar mungkin lembap
- Terdapat cecair putih tebal di kawasan lipatan kulit atau boleh didapati di bawah kulup
- Gatal dan rasa terbakar pada zakar anda
Untuk menjawab persoalan anda, saya sarankan untuk anda tidak menyapu ubat tersebut sebelum berjumpa dengan doktor bagi memastikan punca sebenar masalah anda. Anda mungkin dirujuk ke doktor pakar urologi jika perlu setelah berbincang dengan doktor. Doktor pakar urologi adalah doktor yang secara khusus merawat masalah yang berkaitan dengan saluran kencing lelaki dan wanita, dan juga sistem pembiakan lelaki orang.
Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.