sitiairin456
2 tahun
Masalah kulit bintik bintik kemerahan
Anak saya berumur 2 tahun 3 bulan , lelaki … Mempunyai masalah kulit , seperti ruam tapi kemerahan dan merebak hanya di bahagian kiri badan … cadangkan ubat yang boleh diberi untuk rawatan dan cara nya …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ruam boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat dari pemakaian produk yang salah
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Penyakit autoimun seperti systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.