Sulit
2 tahun
Reaksi alahan pada kulit
Selamat pagi doktor saya nak bertanya mengenai masalah kulit yang saya alami, Baru2 ni saya ada gatal2 pada anggota badan mulanya sikit lepas tu terus banyak dan merah2 pada kulit selama ni saya tak pernah alami baru first time tahun 2022 saya mengami rash dan gatal sampai buat saya rasa tak selesa. Saya x tahu saya allergic pada ap sbb tak pernah terjadi sebelum ni kalau saya tahu boleh saya elakkan. Ada ke apa2 test yang boleh kita tahu reaksi alahan kulit kita pada ap seperti allergic blood test…hospital goverment ada ke menyediakan test tersebut.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mempunyai persoalan tentang ujian untuk mendiagnosa alahan kulit. Anda boleh bertanya kepada hospital berkenaan tentang ujian-ujian seperti berikut.
Ujian darah (Peningkatan eosinophil mungkin tanda anda mempunyai reaksi alahan kulit atau infeksi parasit, anda juga mungkin perlu mengambil darah berlebihan untuk serum IgE)
Uji tusuk kulit ( skin prick test )
Tes ini dilakukan dengan cara memasukkan ekstrak alergen di atas kulit.Ujian tempel kulit ( skin patch test )
Alergi adalah reaksi tidak abnormal dari sistem imun ketika melawan senyawa asing yang sebenarnya tidak berbahaya bagi tubuh. Jika mengalami reaksi alergi, Anda mungkin akan mengalami gejala tertentu, seperti sesak napas, batuk, hingga mata berair. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!