Sulit
3 tahun
Biji merah pada tangan dan terasa sakit sakit ngilu
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya berumur 20 tahun. Saya mengalami biji merah rapat-rapat(4biji atau lebih) seperti kelompok kerana terdapat 2 iaitu dibahagian pergelangan tangan dan bahu tangan kiri dan jika tersentuh terasa sedikit sakit, untuk pengetahuan doktor biji merah ini hanya berlaku pada tangan kiri sahaja.Malah kulit yang tanpa biji tersentuh terasa ngilu atau sensitif.Rumah saya tidak pelihara kucing tertapi kucing jiran sangat banyak dan suka datang ke rumah saya, dan akhir-akhir ini saya mendapati rumah saya terdapat kutu kucing selepas kerap digigit. Saya mengalami sakit ini sudah 5 hari tertapi pada hari pertama cuma rasa biji merah pedih dan hanya ada 1 iaitu dibahagian pergelangan tangan tertapi bertambah teruk bila hari ke 3 kerana pada hari itu saya membersih rumah menggunakan sabun dengan banyak. Mohon bantuan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa penjelasan lain mengenai masalah bintik-bintik merah pada tangan yang anda alami, iaitu:
- Alahan kulit ( Contact dermatitis )
- Jangkitan HPV ( Human papilovirus ). Ini merupakan salah satu STD yang dikenali
- Jangkitan kuman Molluscum Contagiosum
- Seborrheic keratosis . Sejenis ketumbuhan pada kulit
- Ekzema
- Jangkitan kulat seperti Ringworm
- Psoriasis
Dengan penerangan diatas, saya berharap anda mendapat maklumat yang diperlukan dan andai kata anda mempunyai soalan yang lebih lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.