Sulit
2 tahun
Gatal pedas di bahagian kulit
Hi doc? Saya mengalami pedas bahagian kulit seperti tompok-tompok melecur pedas …apakah punca Dan penyakit tersebut?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mempunyai persoalan tentang sebab kulit rasa pedas atau terbakar. Untuk pengetahuan anda, rasa pedas kulit mungkin didatangi bersama rasa gatal dan kemerahan kulit atau luka akibat menggaru. Ini mungkin tanda kulit anda sensitif. Masalah kulit sensitif dipengaruhi beberapa faktor seperti sinaran ultra ungu (UV), radiasi fizikal, perubahan cuaca dan suhu, penggunaan bahan kimia tidak bersesuaian (kosmetik dan sabun mandian), pencemaran air, masalah psikologi (tekanan) serta gangguan hormon.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mencari punca dan mendapat rawatan yang tepat sekiranya masalah ini berlanjutan. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!