Sulit
3 tahun
Badan gatal dan pedih
Salam doc, saya aiman…umur 23tahun,saya ada resdung dari kecik sampai sekarang… sekarang bila saya balik rumah je badan saya terasa gatal2 pedih tetapi saya tidak demam and naik bintik2 merah… kadang2 terasa gatal kadang tiada rasa gatal… pada waktu siang ada terasa gatal and pedih2 kulit… tapi tidak ada bintik merah or ruam… tapi sebelah rumah saya memang ada tapak projek untuk buat bangunan… adakah saya ni ada gejala ezema atau hiv? gatal2 saya tidak terlalu kerap… harap sekejap2 sahaja… thank you
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gatal akibat darah tinggi dengan urea
- Darah tinggi dengan bahan kimia fosforus yang tidak dapat dibuang dalam rawatan dialisis
- Dermatitis atopic - sejenis alergi biasanya pada orang asma dan resdung
- Contact dermatitis terdedah kepada bahan yang boleh menyebabkan gatal
- Jangkitan kulit seperti kulat, kutu, kudis buta, dan lain-lain
- Gatal terkait penyakit sistemik seperti masalah buah pinggang, masalah hati, penyakit darah dan lain-lain
- Akibat ubatan
- Penyakit atopik seperti ekzema
- Alahan/ alergi
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.