Sulit
3 tahun
Masalah kulit. tompok hitam pandai bertukar jadi warna merah dan timbul. pandai terasa gatal
saya lelaki berusia 21 tahun. kulit di tangan saya ada tompok warna hitam. bila kena panas tompok hitam tersebut pandai timbul jadi warna merah dan gatal. boleh berikan pencerahan tentang penyakit yang saya alami.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- parut luka yang berbekas
- vitiligo jenis hyperpigmented
- tahi lalat
- kanser kulit
Hasil daripada luka pada kulit akan menyebabkan kesan seperti tompok hitam. Apabila kulit cedera, keradangan akan menyebabkan bertambahnya penghasilan hormon yang memberikan warna hitam kepada kulit iaitu melanin. Oleh sebab itu, parut akan kelihatan gelap atau hitam.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.