
Sulit
3 tahun
Gigitan nyamuk tidak hilang sudah seminggu
Saya berumur 25… Digigit nyamuk tpi timbulan gigitan tidak hilang sudh semingu… Tetapi berair… Adakah ia bisa merebak… Sudh bnyk gigitan di tangan… Kemudian muncul bintik² air di jari… Dan muncul bintik² air di bibir dlm 2/3 jam… Muka terus rasa bengkak… Apa patut saya buat… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Berdasarkan kenyataan anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana anda telah mengalami masalah tersebut sejak seminggu.
Selain daripada itu, berikut juga merupakan antara punca mengapa anda mengalami masalah gatal kulit:
- Penjagaan kulit yang kurang bersih
- Skabies
- Jangkitan kulit oleh virus, kulat atau bakteria
- Reaksi alahan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat yang diperlukan. Terima kasih