Sulit
3 tahun
Kesukaran untuk bernafas sejak petang tadi
Saya wanita berumur 23 tahun. Saya mengalami kesukaran untuk bernafas sejak petang tadi selepas saya mengemas rumah. Saya noticed banyak habuk, saya terus susah untuk bernafas. Meanwhile, nafas saya juga berbunyi. Fyi, saya mengalami asthma & synus. Boleh saya tahu apa punca saya jadi begini. Sebelum itu, saya tidak demam, selsema & batuk.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejatera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami keresahan anda yang mengalami gejala sesak nafas, terutamanya pada waktu wabak Covid-19 ini. Kami akan cuba membantu anda.
Gejala sesak nafas adalah terlalu umum dan boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya :
- Masalah pada sistem pernafasan seperti asthma, radang paru-paru, dan jangkitan kuman pada saluran pernafasan
- Masalah jantung
- Masalah keresahan
- Obesity
- Melakukan kerja-kerja yang terlalu berat
Anda memaklumkan bahawa anda mempunyai penyakit asthma dan sinusitis. Alahan kepada habuk boleh mencetuskan serangan akut asthma juga. Sekiranya gejala anda bertambah teruk atau diiringi dengan simptom lain seperti demam, dan sakit dada, sila rujuk kepada doktor dengan kadar segera.
Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.