Sulit
3 tahun
Ketegangan muka dan kepala bahgian kanan
saya hidayah…muka dab seluruh kepala bahgian kanan sy rasa tegang dlm dua bulan skrng ini…mcm xstabil…dan muka sebelah kanan dan kiri makin lama makin xsmaa
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda risau akan gejala ketegangan pada kepala dan muka anda. Anda juga rasa bahawa muka anda semakin tidak simetri. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, simptom yang anda nyatakan melibatkan masalah saraf. Antara punca penyakit ini adalah:
- Strok
- Guillain-Barré Syndrome
- Bell’s Palsy
- Penyakit Neuron Motor
- Penyakit sambungan Neuro-muskular
Walaubagaimanapun, ini adalah senarai penyakit umum. Diagnosis tepat tidak dapat diberikan kerana tiada perincian simptom, sejarah klinikal, pemeriksaan fizikal dan ujian klinikal.
Oleh itu, kami sarankan agar anda mendapatkan nasihat doktor atau bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.