ramizahrusdi03
5 tahun
Masalah Panau di badan
Ubat ape sesuai untuk hilang kan panau.? Sebab sudah bermacam macam ubat saya Cuba. Samada di farmasi mahu pun ubat di klinik kerajaan.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman anda, panau adalah jangkitan kulat pada kulit yang boleh disebabkan oleh:
- Kulit berminyak
- Persekitaran panas dan lembap
- Imun sistem lemah
- Hormon yang meningkat
Bagi semua penyakit ini, jika tidak dirawat dan kulit kerap digaru, lama-kelamaan kulit boleh menjadi tebal dan hitam akibat keradangan. Penyakit-penyakit ini mempunyai rawatan yang berbeza.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.