
Sulit
4 tahun
Masalah sebelum haid
Saya wanita umur 22 tahun. Saya nak tanya saya ada sakit krem perut, sakit bahu, sakit pinggang , masalah sukar untuk tidur , sakit dada, dah seminggu saya sakit ni dan saya sudah hampir dengan tarikh datang bulan. Lepas tu saya ada muncul keputihan coklat. Saya nak tanya saya nak datang bulan atau hamil ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang anda hadapi sebelum haid. Untuk makluman anda, kebanyakan wanita akan mengalami suatu sindrom sebelum haid yang dinamakan sebagai Premenstrual Syndrome (PMS). PMS mempunyai pelbagai tanda dan gejala seperti perubahan mood, kesakitan payudara, kesukaran untuk tidur (insomnia), sakit sendi, sakit kepala dan pelbagai gejala lain.
Manakala masalah keputihan coklat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan kuman atau STI ( sexual transmitted infections ) pada faraj wanita
- Jangkitan kulat
- Jangkitan HPV
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh menyebabkan keputihan tebal, dan menyebabkan mudah untuk mendapat jangkitan kulat
- Keradangan pada vagina, serviks atau rahim
- Penyakit keradangan pada ruangan pelvis (PID) yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI
Sekiranya anda meragui tentang kehamilan anda, saya sarankan anda untuk melakukan ujian kehamilan. Seseorang wanita boleh melakukan ujian kecing (UPT - urine pregnancy test) untuk menentukan kehamilan secara objektif. Kebanyakkan wanita akan mempunyai tanda-tanda awal kehamilan seperti tanda yang klasik ataupun tanda-tanda yang lain. Tanda awal kehamilan sering berlaku lebih kurang 2 minggu selepas anda mempunyai kehamilan. Tanda-tandanya adalah seperti tidak datang haid, payudara bengkak dan sakit, loya dengan muntah atau tanpa muntah serta kerap kencing.
Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Sekiranya gejala ini berlarutan dan mengganggu anda, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih