Sulit
3 tahun
Muka gatal dan naik bintik putih
Hi. Tunang sy bru lepas accident tp accident ringan shj. Dia termakan seafood beberapa hari lepas and muka dia gatal² and naik bintik² putih. Boleh doctor tlg sy bgtau apa masalah kulit dia?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, setiap orang memberikan atau menunjukkan gejala yang berbeza bila mendapat reaksi alahan. Namun begitu, gejala-gejala alahan yang biasa dilaporkan adalah seperti berikut:
- Timbul ruam pada permukaan kulit
- Gatal-gatal
- Batuk-batuk atau bersin
- Kesukaran bernafas
Berdasarkan pernyataan anda di atas bahawa tunang anda baru sahaja mengalami kemalangan dan gejala tersebut muncul setelah tunang anda makan makanan laut, ia boleh disebabkan oleh masalah alahan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.