Sulit
3 tahun
Pening kepala setiap petang
Halo doktor… Saya lelaki umur 36.
Saya sering merasa pening kepala dan badan menjadi lemas setiap petang…
Saya bekerja sebagai peniaga warung. Setiap hari suda menjadi rutin harian untuk saya bangun seawal jam 4.30am… Dan setiap hari saya berniaga sehingga jam 2,3 petang… Bila balik, saya akan berehat atau tidur sekejap. Dan pada jam 7 saya akan bersenam selama 30minit setiap hari. Masalahnya, setiap petang saya akan mula merasa pening kepala. Kadang2 sakit kepala dan badan terasa lemas…
Untuk pengetahuan doktor, saya telah mengalami keadaan ni sejak sebulan yg lepas. Saya tidak merokok, dan aktif bersenam setiap hari. Apakah masalah yg saya hadapi
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit kepala dan badan yang terasa lemah setiap petang sejak sebulan yang lalu. Saya faham anda berasa bimbang sekiranya sesuatu sedang berlaku pada kesihatan anda. saya akan cuba memberikan maklumat yang diperlukan.
Untuk pengetahuan anda, pening kepala dan badan yang berasa lemah biasa terjadi kepada mereka yang melakukan aktiviti harian yang berat. Walaubagaimanapun, kenyataan yang diberi adalah tidak mencukupi untuk saya memberikan sebarang kesimpulan. Keadaan berikut juga boleh berlaku sekiranya:
- Migrain
- Tidur yang tidak mencukupi
- Pemakanan yang tidak teratur atau tidak seimbang
- Hipertensi
- Dehidrasi
- Ketegangan otot
Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor agar diagnosis yang tepat dapat dilakukan kerana ini mungkin adalah simptom untuk masalah kesihatan yang lebih serius
Saya berharap kenyataan saya dapat membantu dan sekiranya anda ingin bercakap dengan doktor kami, anda boleh menghubunginya secara atas talian. Terima kasih.