
Anonymous
2 tahun
Perut belah kiri berdenyut denyut sakit hari berdenyut
Saya Wanita 19 an perut belah kiri berdenyut denyut selalu sakit tak boleh berdiri terlampau lama teramat sakit

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, maklumat lebih mendalam diperlukan untuk menjawab soalan anda. Antara perkara penting yang perlu kami ketahui adalah seperti:
- Tempat kesakitan bahagian kiri secara spesifik seperti dada, perut, pinggang, kaki, tangan dan sebagainya.
- Maklumat tentang ciri kesakitan
- Simptom lain yang dialami semasa sakit tersebut datang
- Maklumat tentang latar belakang kesihatan anda
Namun begitu, antara punca punca berlakunya masalah yang anda alami ialah:
- Sembelit:
Kebanyakannya disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang iaitu diet yang tidak mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. - “Bowel obstruction”/usus tersumbat:
Perkara ini terjadi apabila usus anda tidak dapat bergerak atau sesuatu menghalang usus dari dalam atau menekan usus dari luar. Tanda utama ialah pesakit tidak dapat membuang air besar - Batu karang:
Batu karang di buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit yang terasa seperti tikaman di pinggang kerana batu tersebut tersekat di saluran antara buah pinggang dan pundi kencing - Jangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing:
Selain sakit perut sebelah kiri, jangkitan ini akan membuat pesakit rasa penat, demam dan menggigil.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.