Sulit
2 tahun
Perut pedih dan mencucuk
saya seorang remaja mengalami sakit perut mencucuk… selepas buang air besar , saya mengalami pening , penat serta mual dan waktu malam perut saya tidak selesa disebabkan rasa pedih dan mencucuk di bawah perut… apakah sebab daripada kesakitan ini ? bagaimana saya harus mengatasinya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat banyak jenis sakit perut berdasarkan penyebabnya. Penyebab sakit perut dibahagikan kepada penyebab akut dan penyebab kronik. Penyebab sakit perut adalah :
- Sembelit
- Apendiks
- Keracunan makanan
- Gerd
Penyebab sakit perut kronik seperti :
- Ulser peptik
- Gastritis (keradangan lapisan perut)
- Penyakit seliak
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.