Sulit
3 tahun
Sakit dibahagian punggung belah kanan
Saya wanita 20-an kerap sakit dibahagian punggung belah kanan. Rasa sakit tu bila saya sedang baring dan tiba2 rasa macam cramp. Nak bergerak ke kiri atau ke kanan tak boleh. Kalau nak duduk pun akan rasa sakit macam cramp. So saya akan tunggu dlm 3-5 minit sampai sakit tu hilang dan baru duduk. Boleh kan saya tahu disebabkan apa ya? Saya rasa sakit ni selepas positif covid.
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, sakit punggung ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
folikulitis/bisul
Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk suami anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.