Anonymous
5 tahun
Sakit pada bahagian perut
saya wanita berumur 19 tahun. dalam dua atau tiga hari, akan ada satu kali saya rasa sakit atau senak pada bahagian perut, kadang kadang sampai ke dada. pada masa yang sama susah bernafas dan susah bergerak. kalau bernafas, sakitnya menjadi-jadi. tapi berlaku sekejap je. kenapa ya?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah sakit bahagian sakit pada bahagian perut dan simptom lain yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)
- Gastritis
- Ulser Perut
- Ataupun boleh terjadi atas masalah paru-paru seperti Pnemonia.
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.