ainatina99
4 tahun
Sakit pinggang di bahagian bawah
Saya remaja perempuan berumur 19 tahun.saya sering mengalami sakit pinggang dari tengah hingga ke bawah dekat pinggul.kadang kala saya sukar untuk tidur kerana tak mampu menahan sakit ini.saya merasa sakit sejak umur 17 tahun.pada ketika itu sakit ini hanya sekejap namun skrg ia kerap datang dan selalunya jika saya duduk atu berdiri terlalu lama.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan kesakitan yang anda alami:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah saraf seperti sciatica ataupun saraf cengkeraman.
Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Ovari melepaskan ovum boleh menyebabkan kesakitan pada wanita
- Masalah pada struktur ovari pada wanita
- Masalah pada usus
Untuk mendapatkan pengesahan terhadap punca kesakitan tersebut, maklumat dan pemeriksaan yang selanjutnya adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.