Sulit
3 tahun
Sakit tengkuk tekanan darah 140/101 tonsil Dan pui dlm MySejahtera
Saya 43 tahun. Baru2 ni saya disahkan tonsil dan masih dlm antibiotik. Pada waktu yg sama tekanan darah naik dan rasa sakit di tengkuk dan pening. Saya ambil panadol sudah 3 hari dan masih ada pening. Masih menunggu swab test result. Abah saya pengidap darah tinggi. Adakah ini tanda darah tinggi saya alami. Tonsil pula adakah berkait rapat. Saya mengaku saya tersalah membuat penilaian kesihatan didalam MySejahtera. Disebabkan itu saya dibawah suspek dan swab test result masih menunggu. Adakah ini tergolong dlm Covid 19 simptom. Kerisauan saya menyebabkan saya tidak keruan dan memikirkan yg bukan2. Tolong saya doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham anda mengalami masalah darah tinggi, sakit tengkuk, pening kepala dan juga status tergolong di dalam kategori person under investigation (PUI). Jangan khuatir kerana kami akan cuba untuk membantu anda. Berdasarkan kenyataan anda, tekanan darah tinggi merupakan bacaan melebihi 140/90mmHg dan memerlukan perhatian segera lebih-lebih lagi sekiranya disertai dengan gejala lain. Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi anda meningkat, seperti:
- Stres atau tekanan
- Merokok
- Mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit darah tinggi
- Diet atau pemakanan harian mengandungi kandungan garam yang tinggi
- Tidak mengambil ubat darah tinggi
Sila pergi ke hospital berhampiran sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Pening atau sakit kepala
- Sukar bernafas
- Pandangan kabur
- Sakit dada
Gejala yang disebutkan adalah tanda amaran bahawa tekanan darah anda terlalu tinggi dan memerlukan rawatan segera.
Mengenai status Person Under Investigation (PUI) pula, disebabkan anda menjawab penilaian kesihatan dengan salah dan anda membuat ujian swab, anda dikategorikan sebagai PIU. Tetapi anda masih belum tergolong dalam kumpulan pesakit positif COVID-19. Anda perlu menunggu keputusan ujian anda dahulu dan tidak perlu risau buat masa ini.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut. Kami berharap jawapan kami membantu anda.
Terima kasih.