Sulit
3 tahun
Saya mempunyai kesukaran bernafas dan mengalami batuk secara on off dan sakit bahagian belakang badan
Saya seorang lelaki berusia 27 tahun dan mengalami kesukaran untuk bernafas ketika baring dan dada berasa sempit ketika baring tetapi saya telah memeriksa oksigen di dalam badan saya dan mendapati paras oksigen badan dalam keadaan normal. Saya juga mengalami batuk tetapi tidak selalu dan bahagian belakang badan saya juga berasa sakit tetapi hanya ketika ditekan. Saya ada mengalami sedikit sakit kepala jika saya terlalu memikirkan keadaan badan saya sekarang ini. Saya masih boleh melakukan kerja kerja fizikal yang kurang berat tetapi saya kurang aktif dalam bersenam. BMI saya juga dalam paras normal iaitu 20.1. Harap doktor dapat memberi penjelasan terhadap keadaan saya ini, terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk maklumat anda, masalah batuk dan sesak nafas boleh disebabkan oleh:
Punca Punca batuk:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- COPD
Sesak nafas
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.