Sulit
3 tahun
Saya mengalami gatal2 di muka, telinga, hidung dan tekak
Saya wanita berumur 19 thn. Saya mengalami perkara berikut ;
- Gatal di hidung
- Bersin, selesema, batuk
- Gatal tekak
- Gatal telinga
- Gatal di kulit muka
- Tumbuh seperti ruam, muka saya jadi kemerahan.
Adakah ini alergi atau penyakit lain ? Ubat apakah yg patut saya makan ? Saya takut nak ke klinik disebabkan kes covid yg sgt tinggi. Hrp doktor dpt menjwb persoalan saya. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda terhadap gejala-gejala yang dialami oleh anda dan ini sudah tentu menyebabkan anda bingung mengenainya. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala-gejala yang dialami oleh anda memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor untuk mengetahui puncanya. Maklumat mengenai bagaimana anda mendapat gejala ini juga perlu diketahui.
Antara punca-punca mengapa anda mengalami gejala yang disebutkan boleh berpunca daripada:
- Reaksi alahan
- Jangkitan saluran pernafasan
- Jangkitan tekak
- Jangkitan telinga
- Penjagaan kulit muka yang kurang memuaskan
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Sekiranya anda mengalami gejala ini, sila berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berhampiran dengan segera:
- Kesukaran bernafas
- Sakit dada
- Sakit tekak dan terdapat pada suara seperti serak suara
- Gatal-gatal di seluruh badan
- Mata, bibir bengkak
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.