Anonymous
5 tahun
Saya pernah lakukan hubungan sejenis
Saya pernah melakukan hubungan sejenis dgn partner saya. Adakah saya terkena hiv
5 tahun
Hi. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Hubungan kelamin sejenis yang dilakukan dengan pasangan anda hanya akan membawa risiko yang besar untuk mengakibatkan jangkitan sekiranya pasangan anda telah dijangkiti oleh HIV.
Mengikut statistik, hubungan melalui dubur membawa peratusan yang paling tinggi untuk anda mendapat jangkitan virus ini, lebih-lebih lagi jika anda bertindak sebagai penerima. Ia berlaku melalui air mani atau air yang keluar dari kemaluan pasangan anda. Selain itu, hubungan seks secara oral juga boleh memberi risiko, walaupun kebarangkaliannya adalah lebih rendah.
Tiada jawapan yang boleh saya berikan kepada anda terhadap soalan yang diajukan. Untuk mengetahui jika anda mendapat jangkitan HIV ini adalah dengan segera berjumpa dengan doktor dan menjalani ujian yang berkenaan.
5 tahun
Salam. Terima kasih kerana menghubungi kami.
Ya, anda berisiko menghidapi HIV dengan mengamalkan hubungan sejenis. Sebenarnya, hubungan sejenis merupakan antara cara yang paling biasa HIV merebak. Amalan seks selamat adalah penting bagi mengurangkan risiko jangkitan HIV:
- A: Abstinence, iaitu mengelakkan seks berisiko tinggi seberapa banyak yang mungkin.
- B: Be faithful, iaitu bersikap setia terhadap pasangan anda.
- C: Condoms, iaitu penggunaan kondom yang betul. Kondom bukan sahaja berfungsi sebagai pencegah kehamilan, tetapi juga boleh mencegah penyakit kelamin. Hal ini kerana penggunaan kondom mengurangkan pendedahan terhadap cecair badan.
Anda digalakkan supaya mendapatkan ujian darah HIV secepat mungkin untuk mengetahui status jangkitan anda.
Anda juga digalakkan untuk mendapatkan post-exposure prophylaxis (PEP) selepas pendedahan terhadap HIV. Hal ini bermaksud mengambil ubat HIV dalam 72 jam selepas pendedahan selama 28 hari untuk mengurangkan risiko jangkitan. Sekian, harap membantu.