Sulit
3 tahun
Susah untuk terjaga dari tidur
Saya seorang pelajar,saya ingin menanyakan mengapakah saya susah untuk terjaga dari tidur walaupun saya sudah mengunci jam yang kuat. Saya juga tidak sedar apabila orang menggejutkan saya. Saya selalu mangalami masalah ini. Ada cara yg dilakukan untuk menggejutkan saya seperti memercikkan air dimuka saya tapi saya tidak rasa apa apa pon. Kadang² saya rasa tapi kadang2 tak. Doktor, apakah saya mempunyai penyakit?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda adalah seorang yang tidur dan sukar untuk dikejutkan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, keadaan deep sleeper bukanlah suatu masalah kesihatan yang serius. Ia membantu anda untuk mendapatkan tidur dan rehat yang badan anda perlukan. Namun begitu, anda hanya perlu risau jika:
- Masih berasa penat selepas tidur
- Tidur dengan berdengkur yang sangat kuat
- Tidur sehingga mengganggu tumpuan pada kelas
- Tidur secara tiba-tiba pada tempat yang tidak sepatutnya.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.