
Sulit
3 tahun
Tentang faraj wanita
Hi doc nak tanya normal ke perempuan ada dua lubang faraj? Kenapa boleh jd mcm tu? Apa risiko dia? Sebelum ni sy tk sedar cuma baru2 ni sy perasan yg ada dua lubang. Please doc saya takut:disappointed_relieved:

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda risau tentang kewujudan 2 lubang faraj. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, anatomi reproduksi wanita pada bahagian luar terdiri daripada mons pubis, labia majora dan minora, klitoris, vestibular bulbs dan kalenjar bartolin. Bagi wanita, terdapat 2 lubang pada bahagian kemaluan, iaitu lubang faraj dan lubang urethra. Kemungkinan anda keliru mengenai 2 lubang ini ataupun anda mempunyai vaginal septum iaitu pembahagian lubang faraj kepada dua. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan