
Sulit
2 tahun
Ubat doxazosin 4mg masalah prostat
Saya mengalami masalah pembengkakan prostat bukan kanser, doktor di klinik rumah saya bagi ubat doxazosin 4mg. Masalahnya, saya sudah makan lebih drpd doktor berikan. Adakah ubat tersebut boleh memudaratkan saya? Sepatutnya, doktor bagi dlm 14 biji. Tapi saya makan hari2 50 biji. Sbb saya masih kencing tak lawas. Adakah ubat tersebut memudaratkan saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ubat doxazosin ini adalah ubat terkawal yang boleh memudaratkan kesihatan jika tidak diambil dengan cara yang betul. Maklumat tambahan adalah diperlukan untuk memastikan samada jumlah yang anda ambil adalah 50 biji atau 50mg. Sekiranya anda mengalami gejala seperti pening, lemah badan, rasa hendak pitam ataupun kabur mata, maka anda hendaklah berjumpa dengan doktor segera bagi pemeriksaan lanjut. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk perkara ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.