zeeyankl
3 tahun
Wajib checkup Jantung setiap tahun ke?
Hi doctor
Saya nak Tanya saya bru 1 tahun 6 bulan kena darah tinggi .Doctor klinik kerajaan bagi ubat Perindopril 4 mg …ubat ni untuk darah tinggi & Sikit masalah jantung.Pernah check Jantung tahun lepas tpi OK.Jadi pandangan doctor perlu ke saya check up jantung setiap tahun ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda perlulah check up di klinik kesihatan yang anda hadiri tersebut mengikut jadual yang diberikan. Sila merujuk pada buku kesihatan anda, tarikh untuk check up akan dicatatkan dalam, biasanya dalam jangka masa 3 hingga 6 bulan. Pemeriksa jangtung akan dijalani mengikuti garis panduan KKM.
Selain itu, darah tinggi adalah salah satu risiko umum menyebabkan penyakit jantung jika tidak dikawal secara baik. Oleh itu, anda perlulah mengikuti nasihat serta rawatan doktor dan check up lagi ke klinik mengikuti jadual tarikh yang diberikan tersebut.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.