
Anonymous
3 years
Air mani jernih,lgsg tiada keputihan.. dan cepat kendur
Saya lelaki berumur 37 tahun. Menduda selama 5 tahun dan br berkhwin semula. Mslh sy, bila sy berkahwin semula air mani sy jernih mcm air biasa selepas bersama psgn… dan susah nak masuk ke dalam faraj. Cepat tegang dan cepat kendur

3 years
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda kerisauan anda berkaitan air mani dan zakar anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, seiring dengan waktu dan umur, kemampuan batin seseorang lelaki akan beransur menurun. Namun setiap individu mempunyai jalan cerita yang berbeza.
Antara faktor yang menyebabkan kemandulan lazimnya terdiri dari:
- Faktor genetik
- Faktor usia & hormon
- Masalah psikologi
- Kecederaan organ kelamin
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf organ kelamin terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Walau bagaimanapun, penyakit yang terkait dengan kemandulan lelaki pada mana-mana peringkat usia pula termasuk:
- gangguan sperma (i.e. oligospermia, asthenospermia, teratospermia, azoospermia, dll )
- gangguan semen (i.e. aspermia atau kelainan semen
- mati pucuk
- kelainan struktur zakar
- dan lain-lain
Antara perkara yang boleh dilaksanakan sebagai usaha mencegah kemandulan justeru termasuk:
- Jauhi faktor risiko di atas (selain faktor genetik)
- Amalkan gaya hidup sihat (bersenam, pemakanan yang sihat, dll.)
- Kurangkan berat badan (kolesterol dapat mengganggu sistem saluran darah)
- Elakkan merokok (merokok dapat mengganggu sistem saluran darah)
Namun perlu anda tahu usaha pencegahan lazimnya hanya boleh memainkan peranan
- terhadap faktor risiko yang tidak terkait dengan genetik
- untuk memperlambatkan gejala kemandulan akibat faktor usia
- mengembalikan kekuatan batin pada golongan muda
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah