Anonymous
2 years
Tentang Oximeter Ouson Care
Hello, saya ada beli oximeter jenama ouson care dari farmasi. Harga RM 95. Tapi tadi check website MDA takde oximeter jenama ni. Boleh guna ke?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Anda boleh menggunakan oximeter tersebut, namun memandangkan ia tidak mendapat kelulusan MDA, terdapat kemungkinan bacaannya tidak tepat. Oleh itu, saya sarankan agar anda mendapatkan kepastian daripada pihak farmasi sebelum membeli sebarang peralatan perubatan.
Selain itu, pulse oximeter hanyalah alat pemantauan, anda tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada bacaan alat ini. Sekiranya anda mendapati diri atau ahli keluarga mempunyai gejala membimbangkan, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital dan tidak hanya bergantung kepada bacaan oximeter.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk mendapatkan oximeter daripada farmasi atas talian kami