Anonymous
2 years
Period tak teratur dan ada cyst
hello doc , saya perempuan berumur 27 tahun , period saya tak teratur lepas check klinik, doc sahkan saya ada cyst 4 cm . dah saya diberi ubat norculot dan perlu habiskan 20 hari tanpa skip … soalan saya , saya terskip 1 hari ubat takpe ke ? atau dia akan ada effect nanti . tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 years
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.Saya akan cuba membantu anda.
Norcolut digunakan untuk merawat ketiadaan atau ketidakteraturan haid.Ianya bukan masalah jika anda terlepas satu dos.Sila ambil pil secepat mungkin, kemudian ambil pil seterusnya pada masa biasa yang seterusnya.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.