Anonymous
2 years
Sakit perut Dan cirit birit 4 hari
Assalamu’alaikum, hai Doktor , Saya berumur 23 tahun , saya mengalami sakit perut yang menucuk nucuk selama 4 hari , mengalami cirit birit , pening kepala , loya , tiada selera untuk makan , masa haritu saya ada buat full medical checkup Dan Doktor mengatakan kepada saya , kemungkinan perut saya ada cacing yang bahaya yang boleh merebak ke paru paru saya , kemudian saya mempunyai kolestrol yang tinggi , tapi untuk yang sakit perut ni saya tak pasti sebab apa , sebab dah 4 hari saya mengalaminya , harap Doktor boleh membantu saya, terima kasih .
2 years
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, dengan kes covid yang semakin meningkat saya nasihatkan anda melakukan ujian covid untuk menolaknya.
Untuk memberikan penyelesaian dan rawatan yang tepat, saya menasihati anda untuk mendapatkan perundingan peribadi dengan doktor.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.