Anonymous

3 years

Anak kerap menangis dan hidung tersumbat

Anak saya berumur 2 bulan 2 minggu menghadapi kesukaran untuk tidur dan kerap menangis, anak saya akan terbangun setiap setengah jam dan akan menangis, anak saya juga enggan minum susu badan dan hanya mahukan susu formula sahaja walaupun kami sudah paksa minum susu badan, Hidungnya juga kerap tersumbat dan doktor kata saluran pernafasannya kecil dan menyebabkan dia kerap garu mukanya semasa tidur. Apa yang perlu saya lakukan?

Dr Ramzdhan,

3 years

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Kami memahami kebimbangan anda terhadap anak anda yang sedang mengalami hidung tersumbat dan menyebabkan kesukaran untuk bernafas, adakah ini betul? Jangan risau kami akan cuba untuk membantu anda.

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan gejala hidung tersumbat pada seseorang bayi seperti:

  • Asap rokok
  • Jangkitan virus
  • Udara kering atau cuaca panas
  • Alahan

Namun, gejala ini juga boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius seperti:

  • Asma
  • Pneumonia (Radang paru-paru)

Disebabkan bayi anda mempunyai masalah susah bernafas, anda digalakkan untuk merujuk perkara ini dengan doktor dengan segera.

Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih

Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

240_F_272664029_jRF9vqiscQHkHSKhQoyOrSrbm4KasJBS

Do you know that your immune system plays role in the effectiveness of vaccines?

Prevention is better than cure. Is My Body Ready to Fight Infection? Find Out in only 5 short minutes!

Health Forum

Explore health related questions.